Penyelesaian untuk mata kucing yang berair

Selalunya mata tu sbb conjunctivitis...untuk kucing biasa senang di ubati dengan terramycyin yang boleh didapati dari farmasi biasa.. Terramycin eye ointment kat farmasi yang jual ubat orang dalam RM4.60 atau try guna eye drop brand nicol

 

kalau lepas 3 ari tak dak beza..bawa vet...

 

And 2 bulan..dinasihatkan jangan vaccine lagi..takut demam lak.. Bagi besar sket dalam 4 bulan...

 

 terramycin ni untuk orng yang digune pada kucing..(paham x??ubat manusia..tpi gune kt kucing..mcm tu la lebih kurang..)

 

untuk kitten:kalau kittens sakit mata banyak eye discharge, cuci dgn kapas basah pagi dan petang. Lepas cuci letak ubat 'terramycin'. 

 

Kalau kucing ada selsema dan sakit mata sekali gus, selalu vet akan kasi ubat selsema. Harga ubat tu sebiji 18sen. Kene kasi ubat pagi dan petang selama 7 hari, dan cuci mata at the same time. Insyaallah nanti kittens cepat sembuh. Kalau kucing sakit mata tak boleh biar tanpa rawatan sebab boleh menjadi serius.

 

selalu kittens below 2 months dan belum vaccine kene sakit mata. Mungkin virus dan cepat menular kepada kittens/kucing lain dalam rumah. Kene sabar dan hati2 semasa merawat mereka. terramycin khas untuk kucing boleh dibeli kt kedai vet.dia bukan 'drop' tau.Dalam tiub kecik, picit mcm colgate tu. 

 

masukkan dalam mata kucing, biar dia desolve sendiri. Tak payah gosok. 

 

Kalau ada yang terlebih terkeluar sikit kat tepi2 mata, lapkan saja pelan2. 

 

harga RM20 skrg ni.ubt ni kt kedai pet shop tak de..cume dijual kt kedai vet..khas untuk haiwan seperti kucing,arnab,tikus dsb..

 

 

untuk free chemical: perubatan alternative yang free chemical...

mata kucing dititis air zamzam, 2-3 hari da baik...

 

Tetapi untuk baka persian:Memang satu perkara biasa untuk kucing-kucing yang hidung penyek (samada kucing domestik berbulu panjang atau Persian) untuk berair matanya. Kebiasaanya, tuan punya kucing-kucing sebegini kerap membersihkan mata mereka, kalau tidak nanti ada kesan kuning di atas pipi mereka..ni untuk kucng baka persian