Merawat Kucing Kurap

Kurap adalah masalah biasa bagi haiwan berbulu seperti kucing. Kurap biasanya terjadi akibat fungus atau hama. Apa nak buat kalau kucing korang kena masalah ni? Hantar pergi jumpa vet? Tu semua orang tau. Yang ramai orang tak tau ialah rawatan alternatif untuk masalah ini.
Terdapat banyak kaedah merawat si comel korang tu. Maklumlah, kucing mempunyai sejarah dengan manusia lebih 3000 tahun. Sepanjang ribuan tahun tu dah banyak petua manusia kaji untuk kesihatan si comel pujaan ramai ni.

Sebelum korang terus membaca, aku nak bagi satu amaran. Petua petua ini aku dapat hasil daripada pembacaan dan cerita kawan kawan. Sejauh mana keberkesananya, tu aku tak tau. Segala risiko adalah dibawah tanggungan sendiri.

Cara pertama - Minyak Goreng Ikan
Sapukan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan pada bahagian yang terkena kurap tu. Kalau korang malas goreng ikan, gaulkan saja minyak masak dengan serbuk kunyit dan sapu pada tempat kurap tu. Insyaallah, kurap tu akan sembuh. Jangan korang sapu masa minyak tu tengah panas sudah la.
Cara kedua - Minyak Gamat
Minyak gamat sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk manusia. Tapi tak tau pulak boleh guna untuk kucing. 
Cara ke tiga - Minyak Hitam Terpakai
Masa aku buat projek tenakan lembu kat Terengganu dulu, kawan kawan dari Jabatan Veterinar sarankan sapu minyak hitam terpakai pada tempat yang berkurap. Hasilnya memang mujarab. Diorang kata, untuk kucing pun boleh guna. Tapi sanggup ke korang kotorkan kucing tu.
Cara ke empat - Baygon
Gunakan penyembur racun serangga yang berasaskan air seperti Baygon. Dengar khabarnya penggunaan baygon ni memang mujarab. Tapi tak tau la kalau ada kesan sampingan.