BAHAYA PARVOVIRUS [ VIRUS PEMBUNUH ]

Apa itu ParvoVirus?

===============
Feline Parvovirus (FPV) juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis (FIE - radang usus menular) ataupun Feline Panleukopenia, sejenis virus yg sangat kecil dan degil, sangat membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ‘ubat khas’ untuk mengubatinya jika dijangkiti..
Malah virus ini sangat mudah merebak dan menjangkiti kucing lain jika berlaku penularan, ia boleh membunuh keseluruhan kucing yg ada satu demi satu..
Paling teruk kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jelas, tetapi kucing tersebut boleh mati secara mengejut..
Ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman..

Habitat Virus
==========
Kawasan persekitaran yg tidak bersih akan mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya
Berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg telah dijangkiti
Boleh dijangkiti dgn mudah melalui persekitaran dan melalui sentuhan antara kucing yg telah dijangkiti dgn kucing yg sihat
Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) sehingga 1 tahun dan memerlukan disinfektan seperti Clorox untuk membunuhnya

Risiko Dan Pencegahan
==================
Boleh dicegah jika kucing mempunyai daya imun yg tinggi (Berikan Transfer Factor Advanced – TF mampu boost kan imun sehingga 283% )
✔ Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yg berumur 3 bulan ke bawah kerana antibodinya masih lagi lemah dan diwaktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yg kaya antibodi)
Kucing yg tidak pernah divaksinkan
Begitu juga kucing yg sudah divaksin, jika tidak lengkap kucing tersebut turut terdedah kepada jangkitan Parvovirus
Salah satu cara pencegahan adalah melalui vaksinasi yg lengkap

Tanda – Tanda / Simptom
===================
Muntah-muntah (air/buih)
Cirit-birit teruk (kekuningan, berbau busuk/hanyir serta berdarah sedikit)
Tidak makan
Murung
Demam panas melampau/suhu badan tidak menentu
Lemah dan tidak bermaya
Lembab/basah sekitar mulut
Kucing akan sentiasa dahaga, biasanya akan berada disekitar sumber air contohnya tandas/bilik air

Jika ibu kucing mengandung dan dijangkiti oleh Parvovirus, anak didalam kandungan tu juga akan mendapat tempiasnya, dan jika si ibu survive sehingga melahirkan anaknya, si anak akan mendapat effect kerosakan pada sistem kawalan dlm otaknya..

Rawatan
=======
Rawat kucing dengan TRANSFER FACTOR
Parvo sebenarnya tiada ubat atau rawatan, akan tetapi boleh berikan immune booster kerana Parvo menyerang sistem imun/pertahanan badan (Berikan Transfer Factor Advanced – TF mampu boost kan imun sehingga 283% )
Jika kucing kelihatan murung dan ada simptom berkenaan, bawa ke Vet dengan segera dan sekiranya jangkitan masih di peringkat awal, peluang untuk survive agak tinggi
Jika kucing disahkan positif Parvo di peringkat awal, boleh dirawat dgn cara penjagaan yg sempurna, kebersihan yg menyeluruh dan pemberian minum dan makan secara paksa atau ‘Force Feed’ kerana kucing yg sakit sudah tidak akan makan lagi (peringkat awal InshaaAllah boleh survive)
Jika dapat dikesan hanya pada peringkat akhir, peluang survive mmg susah, tp usaha dan tawakal lah selagi bernyawa
Ingat ya, make sure kucing makan supaya ada tenaga (kalau susah juga boleh berikan air glukose atau air gula) dan sekiranya kucing berjaya bertahan beberapa hari iaitu dalam tempoh 5-7 hari, berkemungkinan dia akan survive
Boleh juga beri immune booster yg lain - Vetri DMG, Air Kelapa (jarakkan dgn ubat), 100 Plus Dibuang Gas, Air Zamzam
PALING PENTING dan PALING TERBAIK merawat Parvovirus adalah TRANSFER FACTOR (TF)

Apa Lagi Yang Perlu DiLakukan
========================
Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, seluruh kawasan rumah dan semua perkakas termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, litter box dll perlu dibersihkan dgn Clorox untuk membunuh virus ini..
Penggunaan Clorox dapat membantu membunuh virus ini dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalam jangkahayat yg lama (1 tahun )
Asingkan kucing yg sihat jauh-jauh dan kuarantin yg sakit
Sebelum sentuh kucing yg sihat, pastikan tangan dah dicuci sebersih-bersihnya (gunakan Dettol)
Jika anda seorang yg sering menyelamatkan kucing terbiar, pastikan anda menyediakan ruang kuarantin bagi memastikan kucing tersebut tidak bergaul dengan kucing sedia ada (kuarantin sekurang-kurangnya 7hari)

KESIMPULAN
===========
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Vaksinkan kucing anda dengan lengkap
Jika berkemampuan, simpanlah stok TF dirumah sebagai 1st Aid, tak rugi pun, nyawa lebih penting kan?
Mungkin rawatan awal dengan TF mampu selamatkan nyawa kucing anda dari ancaman maut Parvovirus…