Memelihara kucing mampu mengurangkan risiko serangan jantung

Sebuah kajian yang dijalankan oleh beberapa orang penyelidik mendapati bahawa memelihara kucing mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian yang dijalankan selama 10 tahun ini melibatkan lebih daripada 4000 orang di Amerika dijalankan oleh seorang penyelidik (Dr Adnan Qureshi) di University of Minnesota's Stroke Institute di Minneapolis.

Dr Adnan dan beberapa orang rakan penyelidiknya yang lain telah menggunakan data daripada 4435 orang rakyat Amerika yang berumur diantara 30 ke 75 tahun. 2435 dari mereka yang turut serta di dalam kajian ini merupakan pemilik kucing dan selebihnya tidak memelihara kucing. Hasil daripada kajian ini mendapati, pemilik kucing mempunyai risiko 30% lebih rendah untuk mengalami serangan jantung berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.

 

Sifat kucing yang suka duduk di riba dan juga dibelai merupakan penyebab utama ianya mampu mengurangkan kadar stress seseorang. Kepada mereka di luar sana yang selalu berada di dalam keadaan stress mungkin anda boleh mencuba untuk memelihara kucing dan menjadikannya sebagai bantuan terapi untuk anda menghilangkan stress.