7 LANGKAH PEMERIKSAAN ASAS

Kebiasaan, pemeriksaan asa dari ekor ke hidung kucing akan membantu anda untuk memastikan kucing sentiasa dalam keadaan sihat. Pemeriksaan yang kerap ke klinik haiwan mungkin beri bebanan kepada pemilik kucing kurang berkemampuan

Terdapat 7 kaedah berkesan dan boleh dipraktik sewaktu melakukan pemeriksaan rutin pada sibulus kesayangan ketika di rumah

 

Luangkan masa periksa pada kulit

Walaupun dengan membelai kucing anda, anda pasti dapat merasa sebarang kelainan seperti calar, kurap, bengkak dan sebagainya. Selain itu, kelemumur dan bulu berminyak adalah satu punca masalah pada kulit. Kutu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan boleh dikesan melalui tompokan merah apabila kucing anda basah. Perhatikan mana-mana ketulan terutama selepas vaksin diberikan.

 

Sentiasa periksa telinga

Pastikan bahagian yang berbulu di sekitar telinga kucing anda bersih dan tidak berbau. Perhatikan jika kucing anda kerap menggelengkan kepalanya sambil menggaru kasar secara berulang kali. Kija terlihat dalam bahagian telinga kepingan berwarna hitam, ianya adalah kotoran akibat hama dan parasit yang menyebabkan kegatalan teruk dan boleh berjangkit ke kucing lain.

 

Perhatikan mata kucing

Jika warna kucing anda bertukar kemerahan, sakit mata, bengkak di bawah mata atau mengalami perubahan sama ada juling, kucing anda mungkin mempunyai masalah yang memerlukan anda untuk membawanya ke klinik. Dikhuatiri ia adalah jangkitan yang boleh mengundang buta.

 

Cari masa periksa mulut

Kebiasaanya, gusi seekor kucing yang sihat dan normal adalah berwarna merah jambu atau pucat. Jika  gusi yang berwarna merah pekat dan air liur meleleh, seeloknya dibawa ke klinik.Jalur perang atau tartar yang muncul digusi kucing anda menandakan bahawa kucing anda mempunyai masalah gusi. Periksa juga bau dari mulut kucing anda.

 

Lihat pada hidung

Bahagian pada hidung kucing adalah bersih.ia bergantung juga kepada keadaan suhu persekitaran dan aktiviti yang dilakukan oleh kucing anda. Jika ia sejuk atau suam, itu adalah normal. Sekiranya kucing anda sering menggaru hidungnya, kerap bersin, mempunyai hingus berlebihan, rujuk doktor haiwan segera.

 

Periksa bahagian bawah ekor kucing

Anda harus melihat ekornya dan jika anda terlihat luka, ketulan sebesar bijiran atau beras berkemungkinan ianya tanda-tanda kehadiran kutu atau parasit yang baru membiak. Ia boleh merebak bukan sahaja kepada kucing lain, malah kepada manusia juga.

 

Fokus pada kaki kucing

Kebanyakan kucing tidak suka apabila kakinya disentuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah periksa dicelah-celah bahagian kukunya sama ada mengalami kekeringan (simpton awal fungus), luka, bengkak mahupun jangkitan. Permotongan kuku secara berkala juga penting bagi menggelakkan anda dicakar atau sebahagian perabut anda dijadikan tempat mencakar