CATS VAKSIN

ADAKAH PENTING UNTUK VAKSINKAN KUCING ANDA?
Ya, sangat penting sebenarnya vaksinkan kucing ini, kerana vaksin melindungi kucing daripada pelbagai penyakit lazim yang menyerang kucing, sama seperti kita memvaksinkan bayi kita sebagai langkah pencegahan. Vaksinakan merangsang immunity sicomel kita untuk melawan penyakit tersebut.
Vaksin selalunya dilakukan dengan suntikan di bawah kulit.Kadangkala, kucing akan menunjukkan symptom-simptom lemah dan sedikit demam selepas di suntik vaksin, dalam 2-3 hari. Bergantung kepada immunity badan mereka untuk melawan vaksin tersebut. Oleh itu, vaksin hanya dilakukan kepada kucing yang SIHAT SAHAJA, kerana immunity badan mereka kuat untuk bertindak dengan vaksin.
 
APAKAH PENYAKIT LAZIM YANG DIVAKSINKAN?
Vaksin yang lazimnya dilakukan di mana-mana klinik adalah vaksin asas 4 in 1, yang melindungi daripada penyakit:
Feline Panleukopenia Virus (FPV), ataunama lain Parvo Virus
Feline Herpes Virus (symptom lazimsepertiselesema)
Feline Calicivirus (ChlamydophiliaFelis (lazimnya symptom sakitmata)
VAKSIN TAMBAHAN:
Selain pelindungan vaksin asas terhadap 4 penyakit tersebut, terdapat juga vaksin tambahan yang boleh dilakukan untuk melindungi kucing daripada penyakit-penyakit lain seperti;
-Feline Leukemia Virus (FeLV)
-Rabies
-Feline Infectious Peritonitis
-Vaksin-vaksin ini boleh diminta dari mana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
 
RAWATAN KECACINGAN PADA KUCING:
Selalunya setiap kali anda membawa kucing untuk vaksin, Doktor Vet akan menanyakan status rawatan kecacingan (Deworming) kucing anda. Lazimnya semasa vaksin, rawatan kecacingan akan dilakukan sekali.
 
KENAPA PERLU BERIKAN UBAT CACING?
Kucing dan semua haiwan berkaki empat mudah mendapat ke cacingan kerana mereka merayap dan berjalan di tanah tidak seperti kita yang berkasut. Luarannya, mereka mungkin Nampak sihatdan owner selalu terlepas pandang untuk rawatan kecacaingnan. Kandungan cacing yang tinggi dalam badan kucing boleh menyebabkan; cirit-birit, turun berat badan, muntah-muntah ,pucat dan kemurungan.
 
JADUAL RAWATAN PENCEGAHAN PENYAKIT UNTUK KUCING ANDA:
1ST Dose Vaccine: Umur seawal 8 minggu (2 bulan)
2nd Dose Vaccine: Sebulan selepas dose pertama
3rd Dose Vaccine: Sebulan selepas dose kedua
Ubat cacing: Diberikan 3 kali setahun
UbatKutu: Pelindungan ubat kutu selama 2 bulan daripada tarikh rawatan kutu. Pencegahan dan rawatan kutu.
 
KESAN SAMPINGAN VAKSIN
Lazimnya kucing yang aktif dan sihat tidak memberikan apa-apa reaksi dan tidak kelihatan kesan sampingan selepas divaksinkan. Namun, terdapat juga beberapa kucing yang memberikan effek sementara selepas vaksin seperti;-
- Lemah dan tidak aktif
- Kurang makan
- Bengkak di tempat suntikan
- Effect ini hanya kelihatan untuk 2-3 hari selepas suntikan, kerana individu berbeza memberikan respon berbeza pada vaksinasi.Sekiranya kucing anda kelihatan lemah dan demam selepas 4 hari,bawalah segera berjumpa Doktor Vet untuk rawatan dan penerangan lanjut.