STERILIZATION OF ANIMAL

PEMANDULAN HAIWAN, PERLU KE?
Sangat perlu memandulkan kucing-kucing anda sekiranya anda memang tidak merancang untuk membiakkannya. Sudah terlalu banyak anak-anak kucing terbiar dan dibuang merata-rata, angkara owner  yang tidak bertanggungjawab. Ni atas alkesian kepada kucing, rasa berdosa tetapi fikirkan, mana lagi berdosa jika anda membuang anak-anak kucing kepasar, kedai-kedai makan.Terbiar dan mungkin dilanggar atau dimakan anjing? Memisahkan kasih sayang ibu dan anak-anak mereka. Lagi kejam bukan?


KALAU CUCUK HORMON HENTIKAN OVULASI?
Banyak juga pelanggan dan owner kucing yang datang untuk mendapatkan suntikan hormone hentikan ovulasi atau elakkan mengandung, tetapi jawapan saya TIDAK. Kami tidak melakukan suntikan hormon untuk menggelakkan mengandung  kerana sekiranya owner tidak berniat untuk membiakkan haiwan tersebut, sangatlah digalakkan untuk memandulkannya sahaja. Banyak keburukan dari sudut kesihatan apabila seekor kucing itu disuntik ubat hormon tersebut;

  • Menyebabkan masalah ke tidak seimbangan hormon
  • Gangguan kepada fisiologi kucing tersebut
  • Menggalakkan kejadian ‘Pyometra’ iaitu jangkitan dan nanah di dalam rahim

BILA UMUR YANG SESUAI NAK MANDULKAN KUCING?
Bagi betina (female), umur diantara 5-6 bulan adalah sangat sesuai kerana organ pembiakkan mereka sudah fully developed dan kurang risiko pembedahan berbanding anak kucing yang masih kecil. Tambahan pula, umur tersebut masih belum mencapai fasa kesuburan/ ovulasi.Namun, tidak mustahil ada juga kucing yang mencapai ovulasi seawal 5 bulan.
Kebaikan memandulkan kucing betina;

  • Menggelakkan anak-anak kucing terbiar dan kebajikan yang terabai
  • Mengurangkan risiko kanser ovari dan kejadian ’pyometra’
  • Pencegahan kepada jangkitan penyakit apabila kucing tersebut keluar berkeliaran
  • Menjaga kebajikan dan kesihatan mereka, kerana kucing boleh membiak dengan sangat cepat, mereka boleh mengandung sebanyak 3 kali setahun jika tidak dikawal aktiviti mereka. Bayangkan berapa banyak anak kucing dilahirkan setahun dengan mengambil contoh 3-5 ekor bagi setiap kelahiran.

Untuk jantan (male) bolehlah dimandulkan seawal umur 6 bulan, kerana anatomi testikel yang sudah matang dan tempoh sebelum mereka mula ingin mengawan. Kucing mula mengawan pada umur lingkungan 7 bulan. Kebaikan memandulkan jantan;

  • Mengurangkan ‘spraying’ di dalam rumah dan kawasan keliling. Di ingatkan, kucing merupakan haiwan yang territorial, dimana mereka gemar menandakan kawasan mereka
  • Mengelakkan agresif dan bergaduh dengan kucing-kucing lain
  • Mengelakkan luka bergaduh dan jangkitan penyakit daripada kucing lain kesan daripadag igitan
  • Mengurangkan populasi haiwan terbiar. Sekiranya kita tidak mampu untuk membantu kucing-kucing buangan, janganlah kita menjadi penyumbang kepada populasi tersebut