BAWA KUCING KE KLINIK VET

Sukar untuk membawa kucing ke Klinik? Bercakaran dan berperang dengan kucing ke klinik vet? Di sini kami berikan beberapa tips mudah untuk memujuk kucing anda pergi ke klinik. Kucing merupakan haiwan yang bersifat ‘territorial’, bersendirian, dan suka kepada privasi. Sangat sukar sebenarnya untuk membawa mereka keluar dari kawasan mereka ke tempat baru, terutamanya klinik. Oleh itu, owner boleh mencuba beberapa tips di bawah bagi memudahkan membawa kucing ke klinik.

  • Bawa kucing di dalam carrier.
  • - Biasakan kucing anda dengan carrier semasa di rumah, seperti beri makan di dalam carrier atau letakkan mainan dan tuala mereka di dalam carrier. Ini dapat mengelakkan perasaan cemas dan takut apabila ingin membawa mereka keluar menggunakan carrier.
  • -Bawa bersama tuala atau mainan yang biasa kucing anda bermain di rumah dan letakkan di dalam carrier.
  • -Pastikan carrier tersebut ditutup dengan tuala dan diletakkan dengan selamat di dalam kereta
  • Semasa menunggu di klinik, pastikan kucing tersebut sentiasa di dalam carrier dengan tuala bertutup.
  • Elakkan kucing tersebut melihat persekitaran luar, kerana mereka sangat cemas dan takut di tempat baru. Ingat, mereka haiwan yang territorial.
  • Sebolehnya letakkan carrier di tempat tinggi, bukan di atas lantai
  • Elakkan suara yang bising dan kuat kerana ini sangat mencemaskan bagi mereka.
  • Owner juga boleh gunakan spray “Feliway’ bagi menenteramkan kucing anda.