BAHAYA BATU KARANG

Kencing tersumbat selalunya dikaitkan dengan Penyakit Batu Karang pada dalam pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) yang kerap terjadi kepada kucing jantan. Namun, kucing betina juga tidak terkecuali. Anatomi saluran kencing jantan lebih sempit, panjang dan bengkok, menyebabkan saluran kencing mereka senang tersumbat berbanding betina.

APAKAH PUNCA DAN SEBAB KEPADA TERJADINYA MASALAH SALURAN PUNDI KENCING KUCING TERSUMBAT? ADAKAH IA DISEBABKAN FAKTOR PERMAKANAN ATAU SEBAGAINYA?

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada FLUTD, terutamanya dari aspek pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi, memngalami tekanan (stres), dan faktor kurang air di dalam badan. Faktor-faktor ini boleh mengundang terbentuknya batu karang pada saluran kencing kucing.

 

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?

Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda  mengalami masalah batu karang ini adalah apabila sukar untuk meneran ketika membuang air kecil (stranguria), amaun kencing yang sedikit, kerap menjilat organ kemaluannya, kadang kala kencing berdarah (hematuria), terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, tiada selera makan atau tidak mahu minum. 

 

RISIKO SEKIRANYA KUCING ITU MENGHIDAPI PENYAKIT BATU KARANG UNTUK TEMPOH YANG LAMA? ADAKAH IA BOLEH MENGUNDANG MAUT PADA KUCING?

Semua kes batu karang yan tersumbat (FLUTD) adalah dianggap kecemasan dan kritikal, kerana toksin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan. Toksin yang terkumpul boleh menyebabkan kematian sel-sel, kerosakan pada organ-organ tertentu dan akhirnya membawa kepada kematian. Justeru itu, kes sebigini sangat memerlukan rawatan SEGERA dari Doktor Veterinar bertauliah dan pakar.

 

BOLEH DOKTOR KONGSIKAN, ANTARA RISIKO JANGKITAN PENYAKIT LAIN AKIBAT PENYAKIT BATU KARANG INI?

FLUTD juga boleh mengundang pelbagai penyakit lain sama ada jangkitan virus/bakteria dan masalah fisiologi lain sekiranya  keadaan tidak dirawat pada peringkat awal, kerana kucing yang sakit akan mengalami kemurungan/stress yang melampau, tiada selera makan dan seterusnya menyebabkan sistem imuniti badan merosot.

 

APAKAH LANGKAH DAN PERSEDIAAN AWAL BAGI PEMILIK KUCING UNTUK MENGHINDARI MASALAH INI?

  • Berikan makanan premium yang bersesuaian dengan kucing anda. Kini, terdapat pelbagai produk makanan premium yang mempunyai formulasi khusus untuk menggelakkan kes FLUTD sebegini.
  • Pastikan sumber minuman bersih dan mencukupi. Pemilik perlu kreatif untuk menggalakkan si comel anda minum kerap seperti menggunakan fountain bowl, sediakan beberapa ' check point ' minuman, kiub ais perisa ikan/ayam boleh diletakkan pada bekas minuman mereka untuk menarik minat  mereka kerap minum.
  • Berikan makanan lembut yang dibuat sendiri atau di dalam tin, kerana kandungan air tinggi. Elakkan memberi hanya makanan kering (biskut) kepada kucing anda.
  • Sediakan  ' litter box ' yang mencukupi jika mempunyai kucing yang banyakdan pasir yang bersih agar kucing anda boleh kencing dengan selesa. Kucing nerupakan haiwan yang cerewet atau ' fussy', litter box yang kotor dan berbau menyebabkan mereka rela untuk tahan kencing atau kencing merata.
  • Kurangkan suasana stress di dalam rumah, kerana faktor stress ini boleh mengundang permasalahan FLUTD ini.

BAGAIMANA CARA PEMILIHAN MAKANAN YANG IDEAL UNTUK PEMILIK KUCING DI LUAR SANA? 

a) Makanan premium dan organik yang boleh didapati di klinik-klinik Veterinar dan kedai haiwan peliharaan.

b) Tiada penggunaan pelbagai pewarna.

c) Kandungan protein yang diformulasi bersesuaian dengan keperluan kucing anda. Saranan keperluan protein untuk anak kucing 30% dan kucing dewasa 25%-30%