10 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK MEMBERI KUCING ANDA SENAMAN!

Sama ada anda mempunyai anak kucing malas atau anak kucing lincah, anda sebagai pemilik perlu menentukan. Adalah penting untuk mengabungkan senaman ke dalam rutin harian mereka seawal yang mungkin. Berikut adalah beberapa idea untuk kucing anda mula bersenam.

 

 

1 - Rakan sepermainan

Dua kucing lebih cenderung untuk bermain dan mengejar satu sama lain daripada seekor kucing tunggal, memberi kucing senaman setiap hari. Beberapa rakan sepermainan masih boleh bermain sebanyak mana yang mampu selagi belum meningkat usia kucing dewasa. Jadi mula dengan dua anak kucing jika anda boleh, dua anak kucing adalah lebih baik daripada seekor anak kucing, dan pastinya dua kali lebih comel!

 

 

2- Mainan

Pelbagai barang boleh dijadikan mainan untuk kucing anda. Sebagai contoh, kucing suka bentuk benang bulat, getah ikat rambut dan sebagainya. Ada juga jenis kucing suka dengan pancaran laser, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu dengan penggunaannya. Jangan sekali-kali memancarkan laser terus ke dalam mata kucing anda dan jangan lupa untuk memancarkan dot laser di lantai agar kucing anda bole menyentuhnya sekali-sekala. Ini memenuhi naluri pemangsa kucing daripad " menangkap mangsa mereka" dan mengelakkan kekecewaan.

 

 

3 - Kegembiraan memanjat

Kucing anda suka memanjat perabot dan melepak ditempat-tempat yang tinggi. Kucing akan nampak pandangannya lebih luas apabila berada ditempat yang tinggi atau kehangatan siling rumah membolehkan kucing berasa hangat. Menyediakan tempat untuk kucing anda mendaki menambah satu lagi kaedah senaman. Pendaratan yang dilakukan mampu menguatkan otot-otot dan penyelarasan ketika kucing mendarat.

 

 

4 - Bola benang

Kucing anda pasti suka bermain dengan bola benang ini kerana kucing boleh menggunakan kukunya mencakar bola benang tersebut. Sediakan kotak dan biar kucing anda menolak bola benang tersebut didalam kotak dan boleh dijadikan sebagai permainan hoki bola benang. Ini pasti membuat kucing anda gembira bermain dengannya.

 

 

5 - Pemakanan

Pemakanan juga penting untuk kucing yang aktif supaya kucing anda bertenaga untuk bermain. Pastikan kucing anda diberikan permakanan yang sesuai sebelum anda membeli banyak permainan. Ini akan membolehkan kucing bertindak balas secara aktif dan agresif apabila bermain.

6 - Bulu

Sebarang jenis permainan berbulu, biasanya akan menarik perhatian kucing. Anda mungkin perlu menyediakan beberapa pergerakan, tetapi sesetengah kucing akan bermain sendirian dengan bulu tersebut. Anda hanya perlu mengawasi kucing ketika bermain agar bulu-bulu tersebut tidak terkeluar atau pecah untuk mengelakkan kucing anda memakannya. 

 

 

7 - Menguatkan kuku

Kucing seringkali menggaru, mencakar kukunya ditiang atau perabot rumah anda. Adalah lebih baik jika anda memberi kucing anda alat permainan mencakar kuku. Supaya perabot didalam rumah anda tidak dicakar oleh kucing bagi mengelakkan kerosakan perabot rumah anda.

 

 

8 - Mari memancing

Mengikat sesuatu objek dihujung tali dan di sebatang kayu seperti batang pancing. Ia adalah permainan buatan sendiri yang mudah dan menghiburkan. Goyangkan batang atau seret objek tersebut atas dan bawah boleh membuatkan kucing leka dengan permainan tersebut.

 

 

9 - Sembunyi dan Cari

Sembunyikan mainan di seluruh rumah anda, untuk membolehkan kucing anda mencari dan menemui kembali mainan itu. Dengan mencari mainan ditempat yang tidak dijangka boleh mengembirakan kucing anda.

 

 

10 - Beg plastik

Berapa banyak masa anda telah digunakan, hanya untuk mencari kucing anda di salah sebuah beg plastik kosong? Beg plastik boleh menyeronokkan untuk bermain didalamnya. Tetapi harus diingat elakkan kucing anda bermain beg plastik tanpa diperhatikan. Ini boleh menyebabkan kucing anda berisiko untuk lemas.

 

Credit : Majalah Hi meow


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published