5 BAKA KUCING TERUNIK DI DUNIA

Memiliki kucing yang berbulu lebat persis permaidani mewah dan cantik adalah idaman buat semua pemilik kucing. Tapi ada juga pemilik yang mahukan kelainan serta cenderung memilih kucing yang lebih unik dan punya kecantikan yang tersendiri. 

SPHYNX

Baka kucing yang berasal dari kanada ini merupakan satu baka yang digilai dalam dunia kucing sekarang ini, kerana baka ini merupakan salah satu baka yang paling senang untuk di uruskan dari segi dandanan.

Sphynx tergolong dalam salah satu baka kucing terunik di dunia kerana struktur badannya yang seperti tidak berbulu dan memiliki mata, serta telinga yang lebih besar dari baka lain.

 

 

 

 

PETERBALD

Peterbald merupakan baka yang dijumpai sejak tahun 1997 di Rusia. Jika diamati, bahagian muka baka ini kelihatan seperti anjing dengan mata dan telinga yang besar.

Namun, baka jenis ini merupakan salah satu baka yang unik kerana bahagian kakinya kuat dan pantas. Baka ini juga memiliki tubuh yang panjang dan kurus.

 

 

 

 

ELF CAT

Kucing yang berasal dari united states ini merupakan baka kacukan daripada dua baka berbeza iaitu sphynx dan American curl. Baka ini mempunyai struktur badan sama seperti baka sphynx cuma yang berbeza hanyalah bahagian telinganya sama seperti baka American curl.

Tapi jika dilihat baka American curl mempunyai telinga yang lebih kecil cuma bentuknya sahaja sama. Disebabkan dua gabungan baka ini, Elf cat menjadi satu baka baru yang unik dan luar biasa.

 

 

 

CORNISH REX

Mula dijumpai pada tahun 1950 di cornwall, kucing yang memiliki bulu yang kerinting ini dibawa ke Amerika dan dikahwinkan dengan baka jenis siamese.

Hasil daripada dua induk ini lahirkan baka jenis Cornish Rex yang mirip Siamese, cume beza pada bahagian bulunya sahaja.

Baka jenis Cornish Rex merupakan salah satu baka yang sangat sesuai dipelihara oleh sesiapa sahaja yang mempunyai alahan terhadap bulu kucing.

Baka ini merupakan salah satu baka yang sangat aktif dan sentiasa cergas.

 

 

 

UKRAINIAN LEVKOY

Jika lihat baka jenis Ukrainian Levkoy ini pasti semua rasa takut mendekati baka ini kerana raut wajah mereka kelihatan ganas.

Ukrainian Levkoy dijumpai oleh Elena Biriukova yang berasal dari Ukraine. Baka ini terhasil daripada dua gabungan baka iaitu Ras Donskoy dan Scottish Fold.

Dari segi rupa dan bentuk kucing dari baka ini menjadikan kucing ini antara kucing paling aneh dan unik di dunia.

Walaupun muka baka ini nampak ganas, tetapi ciri-ciri yang ada pada kucing ini pasti buatkan pemiliknya tersenyum lebar dengan telatah dan sifat ramahnya.

 

 

 

 

 

Credit : Majalah Hi meow 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published