Apa itu CATNIP?

Apakah Catnip?
 
Catnip adalah nama jolokan kepada pokok pudina iaitu Nepeta Cataria. Catnip juga dirujuk @ dikenali sebagai Catmint. Pokok catnip mempunyai daun bergerigi berbentuk hati dan bunga putih kecil dan berbintik ungu. Pokok ini mampu hidup selama 2 tahun.
 
Bahan aktif pada pokok Catnip yang meransang kucing ialah Nepetalactone yang terdapat pada daun pokok Catnip.
Image result for catnip
 
Apakah kesan Catnip pada kucing?
 
Kebanyakkan pencinta kucing menyifatkan kesan kepada kucing adalah seperti ganja.Nepetalactone mempunyai kesan halusinasi terhadap kucing yang menyebabkan kucing menyapu, menjilat, menghidu dan makan pokok Catnip. Kucing juga dilihat gemar berada di sekitar pokok Catnip.
Di antara kesan yang boleh dilihat pada kucing adalah seperti berikut:
 
  • Kelakuan seperti mabuk
  • Berguling-guling
  • Kelihatan ghairah
  • Air liur meleleh dan tersenyum (menunjukkan gusi)
  • Hyperaktif
  • Mula menunjukkan tanda-tanda manja
  • Mengiau beberapa kali

 
Adakah Catnip memberi kesan kepada semua jenis kucing?
Boleh dikatakan Catnip memberi kesan kepada hampir semua jenis kucing. Malah, ia juga memberi kesan kepada keluarga kucing yang lain seperti harimau, singa, kucing hutan dan lain-lain. Namun begitu, Catnip tidak memberi kesan kepada anak kucing berusia 12 minggu ke bawah.
 
Adakah selamat untuk memberi kucing saya Catnip?
 
Ya. Catnip adalah tumbuhan non toxid dan selamat untuk dimakan. 
 
**p/s: Pemakanan tidak memberi kesan kepada kucing sebaliknya bau Catnip itu.
 
Di mana saya boleh mendapatkan Catnip?
 
Penggunaan Catnip pada masa kini telah dipelbagaikan. Daripada daun yang dihancurkan (fine cut Catnip leave), pelbagai jenis mainan, semburan Catnip, bantal Catnip dan lain-lain.
Penggunaan Catnip untuk manusia.
 
Nepetalactone juga dikenali untuk menghalau nyamuk dan serangga yang kecil. Ia digunakan di dalam semburan penghalau nyamuk. Ia juga digunakan untuk rawatan selsema dan pendorong untuk tidur bagi manusia. 
 
Bagi kanak-kanak pula, Nepetalactone digunakan untuk merawat kembung perut.

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published