Kenapa Kucing Suka Kertas?

"Kalau anda tengah buat kerja atau membaca surat khabar, kadang-kadang si bulus akan datang dan duduk di atas kertas anda kan? Itu maknanya mereka nak bermanja dengan anda, dan memerlukan perhatian daripada anda "

 

 

Mesti korang tertanya-tanya kenapa kucing bila tengok sahaja kertas, macam kera dapat bunga kan? Ada sebab kenapa kucing sukakan kertas. Jom tengok kenapa!

Kertas Menarik

Kertas merupakan satu objek yang boleh digunakan dalam bermacam-macam situasi dan keadaan. Sebagai contoh, manusia menggunakan kertas untuk membuat layang-layang, bungkus makanan, perhiasan dan macam-macam lagi.

Jadi, tidak hairanlah jika si bulus juga sukakan kertas, nak-nak lagi anak bulus. Selalunya anak bulus akan lebih teruja apabila dapat duduk 'di kawasan' kertas. 

Pada awalnya mereka akan duduk diam, tapi selepas itu mereka akan bermain sendiri di atas kertas tu. Tak percaya cubalah. Hati-hati ya, kadangkala ada si bulus yang menjadikan kertas sebagai tandas mereka.

 

 

Perhatian dan Kasih sayang

Untuk sesiapa yang memiliki si bulus di rumah pastinya tahu, mereka ini merupakan haiwan manja yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Kalau anda seorang yang bekerja dan selalunya sibuk, pastikan si bulus tidak terabai ya.. Kalau anda tengah buat kerja atau membaca surat khabar, kadang-kadang si bulus akan datang dan duduk di atas kertas anda kan?

Itu maknanya mereka nak bermanja dengan anda, dan memerlukan perhatian daripada anda. Jangan pula anda halau si bulus.

 

 

Selamat Dan Selesa

Semestinya kalau anda rasa selesa dan selamat, pasti anda akan duduk di sesuatu tempat tu lama. Contohnya macam anda pergi Ikea dan duduk di kerusi atau hiasan bilik tidur di sana, pastinya anda akan lepak-lepak sekejap kan? 

Jangan tipu kalau tak pernah buat. Ha... macam tu lah ibarat si bulus anda kalau tengok kertas. Kertas dapat memberikan haba yang baik kepada badan mereka. Sebab tu mereka suka duduk di atas kertas.

 

Credit : Majalah Hi Meow


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published