Kucing & Tempat Tinggi

Meneruskan kehidupan di dunia seperti manusia, haiwan juga tidak terkecuali mempunyai 'impian' untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa ada sebarang ancaman.

 

 

Kucing merupakan antara haiwan yang lebih cenderung untuk berada di tempat yang lebih tinggi bagi tujuan tertentu. Adakah pemilik kucing di luar sana pernah menyedari kelakuan si comel anda ini?

 

 

Tinggi Dan Selamat

Kenapa kucing lebih suka tempat yang lebih tinggi? Menjawab perihal ini, tempat tinggi merupakan satu kedudukan dimana mereka dapat meninjau keadaan sekeliling dengan mudah.

Umumnya, kucing merupakan pemangsa kepada haiwan yang lebih kecil seperti arnab, lipas dan burung.

 

 

Walau bagaimanapun, kucing juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada haiwan yang lebih besar seperti helang, anjing dan ular. 

Apabila si comel berada di tempat tinggi, mereka dapat melihat keadaan sekeliling sama ada selamat atau tidak untuk mereka. 

Kucing gemar melepak pada kedudukan yang tinggi mempunyai potensi jangka hayat untuk hidup lebih lama terutama bagi anak kucing.

 

 

Ruang dan Peluang

Kebiasaannya, kucing jantan (dewasa) menggunakan kemahiran memanjat bagi menghindari gangguan agresif daripada kucing dewasa lain. 

 

 

Sama seperti kucing betina (dewasa) yang baru sahaja melahirkan anak, mereka lebih cenderung untuk tinggal bersama anaknya pada permukaan yang lebih tinggi serta selamat.

Ini bagi mengelakkan risiko anak-anak kucing yang baru lahir dari ancaman kucing jantan mahupun menjadi 'santapan' anjing liar.

 

 

 

Sedia Kemudahan

Seperkara lagi, punca kucing anda suka duduk di tempat tinggi seperti almari, tangga dan atas syiling rumah adalah disebabkan keadaan rumah yang sempit dan sesak. Jadi, si comel lebih selesa memilih kedudukan yang lebih tinggi tanpa berlakunya sebarang gangguan atau ancaman.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published